ShoutMix chat widget

November 18, 2010

Salam Aidil Adha

Aidiladha selalu disebut sebagai hari raya qurban sempena mengingati peristiwa pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s ( Abraham ) dan anak kandung daripada isteri kedua Hajar 
( Hagar ) , Ismail ( Ishmael ) . 

Allah SWT memberi petunjuk melalui mimpi Nabi Ibrahim a.s . Nabi Ibrahim bermimpi bahawa Beliau menyembelih anaknya , Nabi Ismail a.s . Setelah Beliau terjaga , Beliau memberitahu kepada anaknya tentang mimpinya sewaktu tidur . Ismail membenarkan pengorbanan berlaku . Dan ketika penyembelihan , Allah SWT telah menukarkan yang disembelih ( Nabi ismail ) kepada seekor kambing atau lembu atau kerbau atau unta .

Biasanya di Asia Tenggara , ramai yang menyembelih lembu atau kambing . 

Sembelihan yang dilakukan mestilah dimulai dengan mengucapkan Basmalah 'BismiLLAHIrahmanirrahim' yang bermaksud dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ; jika tidak diucapkan , maka haramlah hukum daging sembelihan .

Sembelihan mestilah tidak disakiti . Contohnya ,  mengheret sembelihan di atas tanah . Katakanlah tanah itu ada duri , atau batu tajam , tidakkah berdosa menyakiti ciptaan Allah?
Senario ini betul- betul  membuat saya benci untuk melihat perbuatan tersebut . AstaghfiruLLAHal 'Azim . Semoga daging sembelihan yang saya peroleh ini , tidak dilakukan secara kejam . 

No comments:

Post a Comment